Barclay's Premier League: Stoke 0 Manchester United 3

Okey. Ini berita basi sebab ini cerita 2 hari lepas. United masih kekal di tangga ke-5 Liga walau menang 3-0 ke atas Stoke City dan masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Leicester City. Tapi tidak mengapa sebab Chelsea di tangga 13.

Perlawanan Liga seterusnya bertemu salah satu musuh tradisi - Chelsea - pada 7/2/2016 hari Ahad ini. Perkara yang dianggap bermasalah adalah kerana bermain di tempat lawan - Stamford Bridge. Dan kita pun tahu rekod Chelsea apabila bermain di laman sendiri.


Kami di Berita Dari Old Trafford memanglah sangat-sangat berharap United menang ke atas Chelsea sebab hal itu akan membuka peluang untuk United melonjak ke Top 4 semula dan memberi cahaya untuk terus bersaing menjuarai Liga musim ini.

Apa-apa pun Glory Glory Man United!

0 comments: